KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung kemajuan pembinaan Kapal Littoral Combatant Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata cadangan prosiding berkenaan akan dimulakan sebaik Dewan Rakyat meluluskan pelantikan Ahli-ahli PAC pada Mesyuarat Kedua sidang Dewan Rakyat yang bermula 22 Mei ini.
"Sebaik pelantikan Ahli-ahli PAC diluluskan, saya akan memanggil Mesyuarat PAC pertama bagi penggal Parlimen ke -15 dan agenda pertama adalah berhubung prosiding baharu bagi perkembangan kemajuan pembinaan Kapal LCS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mas Ermieyati berkata beliau mengambil maklum bahawa PAC Parlimen penggal ke-14 sudah membentangkan Laporan Perolehan Kapal LCS pada 4 Ogos tahun lalu dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sudah membentangkan maklum balas kepada PAC Parlimen terhadap tujuh syor PAC Parlimen penggal ke-14 pada 5 Okt lepas.
Beliau berkata syor ketujuh dalam laporan PAC berkenaan menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) perlu membentangkan laporan kemajuan pembinaan Kapal LCS setiap tiga bulan kepada PAC.
"Sehubungan itu, saya akan mencadangkan kepada PAC bahawa setiap tiga bulan apabila laporan kemajuan dibentangkan kepada jawatankuasa ini, PAC akan mengeluarkan satu laporan baharu untuk dibentangkan kepada Parlimen.
"Namun bagi prosiding pertama (ini) akan dikenali sebagai Prosiding PAC berhubung Kemajuan Pembinaan Kapal LCS Dalam Tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023," katanya.
Beliau berkata PAC dijangka mengadakan prosiding pertama ini di Limbungan Kapal Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) iaitu syarikat pembinaan kapal LCS dan seterusnya mengadakan lawatan kerja bagi melihat sendiri kemajuan pembinaan kapal LCS.
Mas Ermieyati berkata beliau dan Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi juga sudah mengadakan kunjungan hormat kepada semua tujuh wakil tetap atau Ex Officio PAC iaitu Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
"Semua Ex Officio PAC yang ditemui bersetuju untuk terus menjalinkan kerjasama erat dengan PAC dalam memastikan ketelusan dan kredibiliti jawatankuasa ini terus diperkukuhkan.
"Saya turut memberikan penjelasan kepada semua Ex Officio PAC terhadap beberapa penambahbaikan yang akan dilakukan dalam PAC Parlimen penggal ke-15 terutama membabitkan Laporan Tindakan Susulan Pegawai Pengawal/Ketua Setiausaha Terhadap Syor Laporan PAC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
PAC dijangka mengadakan prosiding pertama ini di Limbungan Kapal Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS). - Gambar fail
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Kapal LCS pertama dijangka beroperasi penuh selepas selesai penilaian - Mohamad
Jelas beliau pembinaan kapal LCS pertama ketika ini hampir selesai dengan kelengkapan utama seperti enjin, kotak gear dan bebaling.
Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib
Jelas Najib, ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.
Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.
Projek kapal LCS: Pembangkang gesa hentikan fasa enam berjumlah RM500 juta
Pembangkang menggesa agar kerajaan menghentikan projek perolehan kapal tempur pesisir fasa enam yang ketika ini masih belum dimulakan susulan pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Kontrak kapal tempur: Kemuka butir matan palsu RM24 juta, broker direman
Ia dianggarkan bernilai RM24 juta berkaitan kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).